Monday, February 28, 2011

kerja-kerja....

^__^

aku dan aku.....

hmmm.... perlukah hidup aku ni hanya untuk aku?? boleh ke hidup macam tu?? then after 30 la aku baru fikir balik untuk soal jodoh aku.... hmmmmmmm........... ujian.... hehehe.. aku baru je tolong seorang kawan untuk hilangkan stress sebab putus kasih..... sebenarnya itu adalah teori untuk aku.. dan sekarang aku tengah dalam praktikal..... terima kasih Allah.... tiada suatu yang berlaku kepada hambanya adalah untuk sia-sia... mesti bersebab... aku redha....

^__^ kawan2 masih mampu melihat aku tersenyum.... alhamdulillah..

blog ini....

banyak rahsia aku dalam ni.... mungkin dah ada yang selalu tgk blog aku ni... macam mana aku nak hapuskan semua ni... emmm....

Sunday, February 27, 2011

perempuan...

semacam aku tak percayakan perempuan dah.... hmmmm.... dah la hati.... cukup la.... kalau nak cuba utk yang lain... mungkin 4 tahun pulak nak kena tunggu..... nasib badan..... terima je la....

yang sempurnakan ku....

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

p/s : thanks... :)

mencari ruang untuk hati ini..

untuk kesayangan aku... pernah seketika aku bersungguh untuk mendapatkan mu... emmm tp aku hanya bertepuk sebelah tangan semacam irama tanpa lagu(lirik) dapat menghayati tp tidak tau tujuan lagu itu... emmm..

aku cuba buka hati ini untuk insan lain yang sudi menyayangi diri ini.... sepertimana hati mu bukan hanya ada aku sahaja... hmmmm.... masih dalam tempoh percubaan... mengharap sesuatu darinya.. walaupun tidak sesempurna mu, jika dia menerima aku seadanya dan cukup keperluan agamanya... tiada ku nanti lagi jawapan dari mu... simpanlan selama yang kamu mau... tidak akan ku tanya lagi...

aku dah penat memikirkan tentang kita.... sekarang aku bagi masa untuk kamu pula memikirkan tentang kita.... kalau kamu merasakan aku masih untuk kamu... cuba dapatkan balik dan perbetulkan apa yang kamu telah buat 4 bulan sudah... aku merasakan kasihku pada mu semakin berkurang...sebab hanya aku bersungguh untuk itu dan aku merasakan tidak patut aku untuk mencari kasihmu jika hati mu menolak untuk menerima ku....

untuk kamu: manusia merancang..Allah menentukan.. tp kamu melarikan diri dari merancang sesuatu antara kita.... macam mana Allah ingin membantu???... fikir2kan la...

p/s : semoga apa yang aku inginkan Ya Allah.. Engkau permudahkan la.... Aku redho dengan ketentuan mu....

Saturday, February 19, 2011

hati.... aku bersalah..

adakah adil utk orang lain...aku bersalah...

sekali hati aku disakiti.. perlukah 10 orang yang lain aku sakitkan?? emmm... aku bersalah....

jika dulu..aku pegang pada ini " jika Allah ambik satu nikmat dari kita..sebenarnya dia nak memberi 10 nikmat yang lain utk kita"

macam mana sekarang?? maafkan aku..

jangan tunggu lama-lama..

Suatu ketika dahulu pada tahun 1981, kumpulan rock Sweet Charity telah melancarkan album bernama Sejuta Wajah. Ada di dalam album itu sebuah lagu bernama “Jangan tunggu lama-lama.” Mereka yang membesar di zaman itu sudah tentu ingat. Lagu itu pernah berkumandang di radio hampir setiap hari 27 tahun dahulu.

Ia menasihati para lelaki agar “jangan tunggu lama-lama” sekiranya telah berjumpa dengan seseorang sesuai dikahwini. Jangan berlengah-lengah sekiranya telah menjumpai insan yang boleh dijadikan pasangan hidup.

1400 tahun yang lalu, Rasullullah s.a.w. pernah mengemukakan nasihat yang lebih baik. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a., “Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya.”

Solat ialah tiang agama. Di dalam sebuah riwayat Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya solat dan puncaknya adalah jihad.” Mendirikan solat di awal waktu merupakan satu tuntutan. Di dalam sebuah riwayat Imam Tirmizi, daripada Ummu Farwah bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Apakah amal yang paling utama.?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Solat pada awal waktunya.”

Begitu juga di dalam hal menguruskan jenazah. Di dalam sebuah hadith riwayat Abu Hurairah, Rasullullah s.a.w. telah bersabda, “Bersegerakanlah menguburkan janazah. Apabila jenazah itu baik, kamu lekas mendekatkannya dengan kebaikkan. Sedang jikalau ia jahat kamu sedang meletakkan sesuatu yang jahat di atas belakangmu.”Justeru, semua jenazah harus disegerakan, tidak boleh ditangguh-tangguh. Ada jenazah yang sedang menanti kebaikkan tuhan di dalam kuburnya. Ada jenazah pula ibarat beban ke atas yang masih hidup kerana tidak mendapat rahmat tuhan.

Di dalam hal perkahwinan, Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan kepada golongan lelaki, “Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah ia berkahwin, Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan pandangannya, menjaga kemaluannya (kehormatannya). Dan sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu ibarat pengembiri baginya (dapat menundukkan nafsu).”

Bagi golongan wanita, Rasullullah s.a.w. pernah menyatakan kepada para sahabat, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” Menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Walaupun jika ada padanya?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. Di dalam Bahrul Mazi, Al-Marbawi menyatakan, wa in kana minhu – walaupun jika ada padanya, bermaksud jika ada sesuatu yang tidak disukai pada diri lelaki tersebut, seperti kemiskinan, tidak masyhur dan sebagainya.

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama …

Wallahu’alam.

selamanya...

sayangku... walaupun selamanya aku masih menyayangimu.... tetapi.. jika hanya aku sahaja yang bersungguh... tiada gunannya..
aku mempunyai matlamat yang perlu di kejar... jawapan mu, aku menunggu utk sekian lamanya... masih tiada yang pasti darimu... aku seperti budak2 yang ingin dibelikan gula2... emmm... dugaan yang perlu dihadapi oleh insan yang bergelar hamba kepada penciptanya... maaf...


1400 tahun yang lalu, Rasullullah s.a.w. pernah mengemukakan nasihat yang lebih baik. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a., “Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya.”

p/s: ya-Allah.. hambamu ini tidak sabar menunggu dugaan mu... sepertimana doaku setiap hari.. kau perkenankan la...
" jika dia jodoh ku.. dekatkan lah dia dengan ku..
jika dia bukan untuk ku... damaikan lah hati2 kami.."

Tuesday, February 15, 2011

debu dihati

Betapa kasih penuh harapan
Berderai jua di pertengahan

Sebutir embun ku sangka permata
Hilang ke mana

Tiada ku duga hanya sementara
Kebahagiaan yang dikecapi
Datang rintangan meragut segala
Hampanya hati

Perpisahan tiada mungkin kan terjadi
Andainya kau dapat bersabar dan mengerti
Tapi sayang, kau terlalu turutkan hati
Tanpa memberi kesempatan aku menjelaskan

Apa gunanya ku mengharap lagi
Sedangkan engkau terus mengeji
Segala harapan menjadi debu
Dalam hatiku.....

sembang-sembang....

haiii... hehe
semalam lepas balik kerja dalam kul 6.30ptg.. lps rest n solat maghrib... keluar bilik n tengok mak n ayah tengah makan.... perut penuh lagi.. tp saja je duk kat meja makan gak.. nak sembang2 ngan mak n ayah...

ayah tanya nak makan tak.. aku jawap kenyang lagi.. kejap2 lagi baru makan... macam2 sembang dari makanan sampai ke politik.. bajet buat rumah.. hehe sampai ke jodoh aku!!!! hehehe.... mak dah boleh sembang2 pasal jodoh aku... dulu kalau aku cerita pasal perempuan atau gf atau isteri.. mak selalu potong...(pelekeh aku la..) hehe tp malam tadi mak n ayah leh pulak sembang pasal jodoh aku....(belum ada lagi yang mak n ayah puas hati pasal nama2 kawan perempuan yang aku bagi)hehehe...

ayah nak suruh aku cari yang dekat2 kedah... aku kata: "susah la ayah nak carik orang kedah.."hehe.... mak tak kata apa2... :)

aku pun kata lagi.. "kalau acik tak kawen lagi la ayah.. acik nak beli moto besar dulu la.." pastu ayah buka cerita kawan dia yang pakai moto besar n xsiden.. ish.... aku kata bukan moto besar sangat.. besa2 je...

emmmm..... :) tak tau la macam mana... kena perbetulkan diri sendiri dulu.. baru dapat yang mak n ayah suka... :P

p/s : aku ada tanya mak pasal ex-gf yang dulu... "mak suka tak dgn yang lama tu?"
aku taknak fikir lagi la pasal benda2 tu..... penat dah..

Monday, February 7, 2011

Dimanakan Ku cari ganti.....

Hendak ku nangis
Tiada berair mata

Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalau dah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi

Tinggal ku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesunyian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hati mu membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkan di syurga
Untuk teman ketawa
Menangis bersama
Selama-lama

sebelum aku terlambat....

Dari dalam lubuk hati ini... sungguh!!... aku nak katakan... sudikah awak menjadi suri hidup saya sampai bila2... sudikah awak jadi isteri dan hak saya yang sah..... ibu kepada anak2 saya kelak...

emmmm....tak terluah oleh kata2.... kenapa ye................


p/s: Ya-Allah..berikanlah kekuatan kepada hambamu ini..setelah kau yakini yang hambamu ini dapat memimpin sebuah keluarga...

Saturday, February 5, 2011

maafkan aku...

manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan... maafkan aku...
kepada orang2 yang aku sayangi... jangan buat benda2 yang pelik2 dan jaga diri bebaik...

p/s: sakit kepala makin teruk.... lepas kenduri adila, dia datang balik... perhh... sakitnya...

Wednesday, February 2, 2011

Kucari Damai Di Hati

Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka

Tuesday, February 1, 2011

pesanan buat suami... aku kah??

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah? Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!! Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje... Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi... Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja... INI YANG BEST NI Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah
dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya.... Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian .. JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN! Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit.... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

p/s : terima kasih Allah...

aku mancari..

sebenarnya cara aku salah... aku terlalu mancari cinta... sehingga aku tak sedar yang aku tersasar jauh dari jalan hidup aku yang sebenar... emmmm.. ya Allah... ampunkan lah dosa hambamu ini...

aku dah penat.... aku nak serahkan segalanya pada pencipta ku... engkau yang maha mengetahui segalanya... untuk kesekian kalinya... aku mengeluh lagi..

sebenarnya dah lama aku cuba jauhkan hati ini dari memikirkan soal jodoh... mungkin target aku hujung tahun ni tak kesampaian... sebab soal jodoh ni bukan macm perancangan nak beli kereta.. cukup duit.. leh dapat.. emmm... boleh ke kalau aku tak kawen sampai bila2??

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)

kesilapan yang dulu datang balik... emmm Ya Allah, jangan kau goyahkan iman hambamu ini... aku memohon pada mu... kuatkan lah hambamu ini...atau engkau matikan lah hambamu ini... aku tidak terdaya untuk melawannya.... berikan lah kesabaran dan keikhlasan kepada hambaMu ini.. amin..

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)

list tahun ini.... sebelum ketiadaan ku..(satu dah)

alhamdulillah.. termakbul lagi satu hajat aku, kalau ingatkan balik aku pernah senaraikan list sblm aku pergi.. antaranya, jumpa kembali kawan2 lama... aku gembira sangat2!!!! terasa puas.. walaupun berbekal RM350 utk ke johor.. melalui kl..sblm tu di penang...

tol+minyak kereta=RM150.00

yang lain banyak kawan2 belanja... ingat lagi hampa kat aku... hehehe... depa duk selalu sebut.. " takpa cap, dulu time hang keja, bila hang mai penang ja..hang belanja kami..." hehe terharu aku... terasa kawan susah n senang ada kat depan aku ni...

trip ke johor ini aku tak rancang betul2 pun.. cuma aku post kat fb rasa2nya 3 bulan sudah kot..lepas dapat tau kenduri kahwen mazli...aku tag semua kawan2 n suruh depa roger yang lain+ambik cuti sesiap... alhamdulillah dipermudahkan.. semua dapat cuti termasuk pijan yang kat serawak.. cuma iwan kat sabah tak dapat hadir...

dari penang.. aku..poji..acun n anal bertolak tengah hari jumaat.. sblm solat jumaat.. hehehe saja nak skip jumaat(aku musafir.. takpa).. dari penang.. terus ke kl.. sampai sana dalam pukul 5.. sebab pijan sampai dalam pukul 3.30ptg kat airport... jumpa kat kl central... tunggu apis abis kerja pukul 6... makan kat restoran ayammas then gerak ke ikia.. lepak kat sana sampai pukul 10mlm sebab tunggu izul.. makan lagi... hehe... tp aku tak sempat nak ambik gambar...

lepas izul sampai.. terus ke rumah dia.. mula2 rancang nak tido kat rumah shahid.. tp dah lepak kat rumah izul.. terus tido kat situ.. hehe.. mudahnya urusan..

esoknya: aku bangun awal.. pukul 6, tengah menggeliat tu. izul dah siap nak g mandi.. budak2 ni pun takyah kejut.. semua bangun sendiri..pukul 7.15 semua dah siap.. gerak ke rumah shahid sebab call dia tak angkat... sah2 tido lagi...

sampai kat rumah shahid.. lepak jap.. izul g panggil kat rumah shahid..sempat beli kuih kat gerai depan tu.. sahahid dah bangun... kami g lepak kat restoran mamak kat tepi jalan(MAHBUK) rasanya la... sambil tunggu shahid.. apis..topek..n pijon..

bila semuanya dah sampai.. gerak ke RNR seremban.. sebab banyak yang sesat n tak jumpa kawan... hahaha... bila sampai RNR seremban... best tak terkira.. semua ada.. rasa macam masa study dulu.. gila2 n perangai tak berubah....

lepas tu nak g ambik taiko"airil" haha dia ni pun sama... dulu dia la ketua untuk majlis a'aa... keluar minum petang2..haha.. jumpa kat area lepas skit melaka... aku kena drive keta dia sebab dia batuk... honda city baru... perhhhh.. best tuuu..

emmm.. panjang lagi cerita ni...

terus kan la sampai kat rumah mazli... hehe dah macam rombongan kawen dah.. 7 bijji kereta.. semua warna hitam kecuali kerata pian warna silver...

lepas siap makan n ambik gambar... terus ke dasaru.. daftar masuk.. pastu lepak2 jap ingatkan nak mandi kolam.. tp dah tutup coz malam dah.. emmm.. main pingpong jela...kul 9 carik makan kat area2 tu... pastu balik lepak2 jap sambung main pingpong + rest + tido....zzzzzz

esoknya tuu..pagi2 lagi lepas je subuh.. terus siap2 nak g kolam.. anal tido lagi.. aku ingat nak keluar ambik gambar je la.. lalu depan bilik nami.. depa dah bising2.. haha dah siap2 nak g mandi jugak.. aku patah balik bilik, simpan kamera.. terus g mandi kolam... hahahaha best sebab ada gelongsor... huhu...

penat... tapi best... tengah hari tu siap2 nak daftar keluar.. kami geng penang balik dulu..
salam2 dengn semua.. semoga dipertemukan lagi kami... next trip: kawen nik + lina... mayb sabah kot... tengok la macam mana..

sampai penang malam tu dalam pukul 12 gak la.. dalam keta masa balik tu.. macam2 sembang... rahsia orang lelaki dan yang dalam keta tu je tau...

emmm.. aku pun penat tak abis lagi... rasa nak tido dulu, coz esok ada presentation kat perlis... untuk semua orang yang aku sayang... gud niteeeee....

p/s:jalan2 cari makan..