Sunday, February 27, 2011

yang sempurnakan ku....

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

p/s : thanks... :)

mencari ruang untuk hati ini..

untuk kesayangan aku... pernah seketika aku bersungguh untuk mendapatkan mu... emmm tp aku hanya bertepuk sebelah tangan semacam irama tanpa lagu(lirik) dapat menghayati tp tidak tau tujuan lagu itu... emmm..

aku cuba buka hati ini untuk insan lain yang sudi menyayangi diri ini.... sepertimana hati mu bukan hanya ada aku sahaja... hmmmm.... masih dalam tempoh percubaan... mengharap sesuatu darinya.. walaupun tidak sesempurna mu, jika dia menerima aku seadanya dan cukup keperluan agamanya... tiada ku nanti lagi jawapan dari mu... simpanlan selama yang kamu mau... tidak akan ku tanya lagi...

aku dah penat memikirkan tentang kita.... sekarang aku bagi masa untuk kamu pula memikirkan tentang kita.... kalau kamu merasakan aku masih untuk kamu... cuba dapatkan balik dan perbetulkan apa yang kamu telah buat 4 bulan sudah... aku merasakan kasihku pada mu semakin berkurang...sebab hanya aku bersungguh untuk itu dan aku merasakan tidak patut aku untuk mencari kasihmu jika hati mu menolak untuk menerima ku....

untuk kamu: manusia merancang..Allah menentukan.. tp kamu melarikan diri dari merancang sesuatu antara kita.... macam mana Allah ingin membantu???... fikir2kan la...

p/s : semoga apa yang aku inginkan Ya Allah.. Engkau permudahkan la.... Aku redho dengan ketentuan mu....

Saturday, February 19, 2011

hati.... aku bersalah..

adakah adil utk orang lain...aku bersalah...

sekali hati aku disakiti.. perlukah 10 orang yang lain aku sakitkan?? emmm... aku bersalah....

jika dulu..aku pegang pada ini " jika Allah ambik satu nikmat dari kita..sebenarnya dia nak memberi 10 nikmat yang lain utk kita"

macam mana sekarang?? maafkan aku..

jangan tunggu lama-lama..

Suatu ketika dahulu pada tahun 1981, kumpulan rock Sweet Charity telah melancarkan album bernama Sejuta Wajah. Ada di dalam album itu sebuah lagu bernama “Jangan tunggu lama-lama.” Mereka yang membesar di zaman itu sudah tentu ingat. Lagu itu pernah berkumandang di radio hampir setiap hari 27 tahun dahulu.

Ia menasihati para lelaki agar “jangan tunggu lama-lama” sekiranya telah berjumpa dengan seseorang sesuai dikahwini. Jangan berlengah-lengah sekiranya telah menjumpai insan yang boleh dijadikan pasangan hidup.

1400 tahun yang lalu, Rasullullah s.a.w. pernah mengemukakan nasihat yang lebih baik. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a., “Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya.”

Solat ialah tiang agama. Di dalam sebuah riwayat Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya solat dan puncaknya adalah jihad.” Mendirikan solat di awal waktu merupakan satu tuntutan. Di dalam sebuah riwayat Imam Tirmizi, daripada Ummu Farwah bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Apakah amal yang paling utama.?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Solat pada awal waktunya.”

Begitu juga di dalam hal menguruskan jenazah. Di dalam sebuah hadith riwayat Abu Hurairah, Rasullullah s.a.w. telah bersabda, “Bersegerakanlah menguburkan janazah. Apabila jenazah itu baik, kamu lekas mendekatkannya dengan kebaikkan. Sedang jikalau ia jahat kamu sedang meletakkan sesuatu yang jahat di atas belakangmu.”Justeru, semua jenazah harus disegerakan, tidak boleh ditangguh-tangguh. Ada jenazah yang sedang menanti kebaikkan tuhan di dalam kuburnya. Ada jenazah pula ibarat beban ke atas yang masih hidup kerana tidak mendapat rahmat tuhan.

Di dalam hal perkahwinan, Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan kepada golongan lelaki, “Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah ia berkahwin, Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan pandangannya, menjaga kemaluannya (kehormatannya). Dan sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu ibarat pengembiri baginya (dapat menundukkan nafsu).”

Bagi golongan wanita, Rasullullah s.a.w. pernah menyatakan kepada para sahabat, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” Menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Walaupun jika ada padanya?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. Di dalam Bahrul Mazi, Al-Marbawi menyatakan, wa in kana minhu – walaupun jika ada padanya, bermaksud jika ada sesuatu yang tidak disukai pada diri lelaki tersebut, seperti kemiskinan, tidak masyhur dan sebagainya.

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama …

Wallahu’alam.

selamanya...

sayangku... walaupun selamanya aku masih menyayangimu.... tetapi.. jika hanya aku sahaja yang bersungguh... tiada gunannya..
aku mempunyai matlamat yang perlu di kejar... jawapan mu, aku menunggu utk sekian lamanya... masih tiada yang pasti darimu... aku seperti budak2 yang ingin dibelikan gula2... emmm... dugaan yang perlu dihadapi oleh insan yang bergelar hamba kepada penciptanya... maaf...


1400 tahun yang lalu, Rasullullah s.a.w. pernah mengemukakan nasihat yang lebih baik. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a., “Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya.”

p/s: ya-Allah.. hambamu ini tidak sabar menunggu dugaan mu... sepertimana doaku setiap hari.. kau perkenankan la...
" jika dia jodoh ku.. dekatkan lah dia dengan ku..
jika dia bukan untuk ku... damaikan lah hati2 kami.."

Tuesday, February 15, 2011

debu dihati

Betapa kasih penuh harapan
Berderai jua di pertengahan

Sebutir embun ku sangka permata
Hilang ke mana

Tiada ku duga hanya sementara
Kebahagiaan yang dikecapi
Datang rintangan meragut segala
Hampanya hati

Perpisahan tiada mungkin kan terjadi
Andainya kau dapat bersabar dan mengerti
Tapi sayang, kau terlalu turutkan hati
Tanpa memberi kesempatan aku menjelaskan

Apa gunanya ku mengharap lagi
Sedangkan engkau terus mengeji
Segala harapan menjadi debu
Dalam hatiku.....

sembang-sembang....

haiii... hehe
semalam lepas balik kerja dalam kul 6.30ptg.. lps rest n solat maghrib... keluar bilik n tengok mak n ayah tengah makan.... perut penuh lagi.. tp saja je duk kat meja makan gak.. nak sembang2 ngan mak n ayah...

ayah tanya nak makan tak.. aku jawap kenyang lagi.. kejap2 lagi baru makan... macam2 sembang dari makanan sampai ke politik.. bajet buat rumah.. hehe sampai ke jodoh aku!!!! hehehe.... mak dah boleh sembang2 pasal jodoh aku... dulu kalau aku cerita pasal perempuan atau gf atau isteri.. mak selalu potong...(pelekeh aku la..) hehe tp malam tadi mak n ayah leh pulak sembang pasal jodoh aku....(belum ada lagi yang mak n ayah puas hati pasal nama2 kawan perempuan yang aku bagi)hehehe...

ayah nak suruh aku cari yang dekat2 kedah... aku kata: "susah la ayah nak carik orang kedah.."hehe.... mak tak kata apa2... :)

aku pun kata lagi.. "kalau acik tak kawen lagi la ayah.. acik nak beli moto besar dulu la.." pastu ayah buka cerita kawan dia yang pakai moto besar n xsiden.. ish.... aku kata bukan moto besar sangat.. besa2 je...

emmmm..... :) tak tau la macam mana... kena perbetulkan diri sendiri dulu.. baru dapat yang mak n ayah suka... :P

p/s : aku ada tanya mak pasal ex-gf yang dulu... "mak suka tak dgn yang lama tu?"
aku taknak fikir lagi la pasal benda2 tu..... penat dah..