Sunday, December 12, 2010

cinta bukan untuk dipaksa...

kepada sayangku...
aku bukan insan yang suka memaksa...
jauh sekali ingin merampas...kau dan aku bukan ada hubungan yang sah... engkau bukan milik aku...
rindu dan sayang aku untukmu sahaja...

hatimu pernah aku miliki..tp
bukan untuk selamanya...ternyata aku bukan yang terbaik untukmu...
jika diingatkan hari itu.... aku sudah tiada dalam dirimu..
mudahnya kau menyatakan....

kepada sayangku...
untuk aku menyerahkan hati ini untuk disayangi insan lain... susah benar rasanya...
bayangmu sentiasa ada dibalik wajah-wajah itu...
untuk aku merasa rindu selain dari mu...tiada nama insan lain selain dirimu.. untuk dirindui..

kepada sayangku..
bertahun lamanya aku menunggu untuk kamu menjadi suri hatiku yang sah...
aku tidak mahu maut memisahkan kita seperti mana janji kamu padaku...
aku mahu kau menjadi isteriku didunia ini dan menjadi bidadariku di syurga nanti...

sayangku...
Dalam merasa rindu yang teramat padamu... aku cuba untuk menolaknya...
pada hari itu, aku menanyakan tentang harapan untuk dirimu untuk kembali padaku... engkau mengatakan bahawa aku sudah tiada dalam hati mu.. hanya dia untuk mu..
aku masih ingat.....
insyaallah.. akan aku cuba hilangkan perasaan rindu dan sayang itu...
aku akan berasa bersalah pada diri ini....jika perasaan itu masih wujud....

untukmu sayang..
aku tidak melihatmu pada rupa paras..
aku tidak melihatmu pada cantik penampilanmu..
aku melihatmu pada baik hati dan perilakumu pada ku..
aku merasakan yang engkau paling sempurna untukku...
memahami diri ini....
rupanya.... ada yang telah disediakan oleh Allah untuk kita...

rindu & sayang ini semakin hari semakin membunuh aku...
tidak pernah air mata ini mengalir untuk seorang perempuan...
melain dirimu...

kepadamu hati yang diremukkan...
aku sangat sayang pada mu... semoga engkau sudah mendapat penawarnya...
hanya kepada Allah aku serahkan hati ini.. semoga engkau tidak lagi disakiti...

jika ditakdirkan engkau mendapat jodoh yang engkau inginkan... aku sentiasa mendoakan kebahagianmu... padam semua kenangan kau dan aku..
jika ditakdirkan juga aku tiada jodoh dengan sesiapa sehingga akhir hayat ini... aku rasa syukur yang teramat kerana Allah pernah memberi peluang kepadaku untuk merasa nikmat kasih sayang itu..

mungkin untuk kali terakhirnya aku ingin mengatakan bahawa rindu dan sayang ini tidak pernah dimiliki orang lain..selain kamu...

sayang...
kini aku sudah berada jauh dari lingkungan hidupmu... berikanlah tumpuan pada pelajaran.. semoga engkau mendapat apa yang kau hajati..
betapa susahnya aku ingin membuang perasaan kasih..sayang...dan rindu ini... walaupun aku ibarat seorang yang paling bodoh didunia ini...emmmm....

terlalu banyak yang ingin aku coretkan... akan tetapi semuanya bagaikan tersekat dihujung pena ini..untukmu "sahabat" yang paling aku sayang...semoga engkau bahagia dan hepi selalu..
mungkin perkataan sahabat yang paling cocok untuk kamu...

sampai masa untuk aku mengundur diri...jauh dalam hati ini berat perasaan dan menangis hati untuk perpisahan ini...tp tiada guna untuk aku merasa semua itu... senyum aku penuh dengan duka... takdir yang maha pencipta...

" sudah ditakdirkan bahawa..... wanita yang baik itu(dirimu) untuk lelaki yang baik dan lelaki yang buruk perangai dan imannya(aku) untuk wanita yang sepadan dengan aku.."

mengharap redha dan kemaafan dari yang Maha Pencipta, Maha Mengasih, dan Maha Pengampun..

sayang....
semua yang tertulis ini merupakan isi hati ku... untukmu yang tersayang...
semoga engkau bertemu jodoh yang terbaik dan bercinta selepas berkahwin... sepertimana kehendakmu...

aku mencari dalam hidup ini insan yang dapat menyayangi diri ini..faham tentang diri ini...faham tentang kerja ku... memberi sokongan untuk semua perkara yang aku lakukan.. itu yang aku nampak dalam dirimu...sayangnya aku mensia-siakan dirimu...

surat ini ditulis 2 hari selepas hari kelahiran aku yang ke 24... 8/12/2010
berhenti untuk solat isya' pada jam 1.30 am

p/s... aku sendirian...

No comments:

Post a Comment