Showing posts with label tujuan hidup. Show all posts
Showing posts with label tujuan hidup. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

kawen...

ya Allah... hambamu ini belum bersedia untuk memikul tanggungjawap yang amat besar ini... hambamu ini masih belum menemui kejujuran dalam perhubungan... seringkali mendustai kepercayaan orang lain...

ya Allah.. aku memohon.. semoga aku dapat memperbetulkan diri ini dahulu sebelum hamba mu ini berhak untuk memperolehi kebahagiaan dari kemanisan perkahwinan... dan... bantu la hambamu ini supaya nawaitu dan akhlak ku dalam perjalanan untuk menemui ketua bidadari syurga ini sentiasa berada di jalan menuju Mu... amin...

dalam hati ini, hambaMu ini ingin sekali segera berkahwin bagi mendapat keberkatan dan hak yang halal... tp daku tau bahawa hati ini tidak tenang kerna calon dan keperibadian ku ini masih ragu2...

benar kata orang... antara kekasih.. ibu bapa... lebihkan kepada ibu bapa bagi memperoleh keberkatan walaupun bagi tujuan mendirikan masjid.... Ya Allah... memang salah ku... aku kadang2 tidak jujur dengan perhubungan yang ku anggap yang terbaik...

bantu lah hambamu ini... supaya dapat memperbaiki diri ini... dan jodoh dari mu itu ku tunggu.... amin...


p/s : cuba untuk berkawan n jujur dengan perhubungan... jangan simpan apa2 perasaan... amin...

Monday, May 16, 2011

cerita budak nakal...

hmmm... macam mana nak mula ek..hehe... antara kenakalan anak ketujuh haji osman bin bakar masa kecik2...:

1. perkara pertama yang ayah akan tanya bila balik tengah hari @ petang ialah " asrap mana!!!" hehehe.. sebab aku tak duk diam kat rumah n kak teh yang selalu jadi tempat pertanyaan ayah sbb kakteh sekolah petang...

2. bergduh dengan kakak2.. adik2 tak... hehe...sebab dia berebut benda2 yang tak pekdah.. hehe.. pastu kena rotan ngan ayah... hehe..

3. selalu gaduh dengan kakak pengasuh dan pernah buat kacau dalam rumah sampai dia lari... hehehe kena tido kat luar rumah... tp tak jadi baik jugak..

4. keluar main tak ingat nak balik rumah... ayah kena carik dalam kebun getah atau parit..

5. suka benda yang pelik2.. contohnya ambik guni beras sambung2 bagi jadi besar then buat khemah kat lur rumah... hehehe main masak2 n duk kat dalam tu masa hujan n malam...

6. banyak sangat kemalangan yang berlaku disebabkan kenakalan dan buas... contohnya 2 kali jatuh basikal.. 1 jahit kat kepala... jatuh kat kedai makan dalam institud risda kuala krai berdarah kat kening... jatuh kat kerusi batu.. hehehe panggil ayah kat pejabat dia... 1 kali tersepit bawah kereta jiran..berdarah n lupa ingatan kejap... tp semua ni masa sebelum masuk sekolah menengah..

7. tolong cikgu jual buku kawan sekolah kebangsaan baling. dapat upah.. patutnya jual masa waktu rehat.. tp sebab nak ponteng kelas.. jual masa waktu cikgu mengajar..

8. ayah tak pernah kasi naik basikal jauh2.. tp degil n pergi ke pekan kupang dengan jiran2.. balik kena rotan n tk leh masuk rumah..

9. petang2 atau waktu cuti sekolah g cari ikan kat parit atau cari biji getah...

10. suka main dengan budak2... jadi ketua!!! hehehe

11. mak n ayah dah tau nak carik kat mana kalau takdak kat rumah...

12. ayah tak kasi mandi sungai.. tp ikot kawan g namdi sungai waktu cuti atau masa sembahyang jumaat... hehe... ish2... nakal betul..

antara kenakalan yang dibuat oleh aku yang semua orng akan ingat... nakal2.. dan kesan lepas aku masuk sekolah menengah..

1. tak leh ikot rombongan g mana2.. coz ayah takut aku buat benda pelik2..

2. takleh try bawak moto walaupun aku dah sampai kaki.. tumpang kawan pun takleh sampai aku lepas SPM...

3. tak pandai berenang coz masa kecik takleh g mandi sungai...

4. aku dah biasa berlapar n makan yang biasa2 coz aku berkeluarga ramai..

5. hmmmm macam ni la aku sekarang selepas 25 tahun hidup..

p/s: hehe sebenarnya ada banyak lagi... hehehe

Wednesday, May 4, 2011

cerita lepas balik kerja...

huhu... lepas balik kerja tadi, sattlekn bayar duit keta n bill hp... terus balik rumah...

dari luar pagar dah nampak mak, ayah n angah tengah makan... masuk je ayah bagitau.. laaa ayah ingatkan acik bawak balik beras ke...(dalam tangan penuh dengan file n buku)hehehe.. aku gelak je.. mak lak cakap. acik ni langkah kanan.. sbb mak baru masak nasi goreng n cucur jagung... hehe sedapppp.. perut pun tengah lapar...

siap letak barang kat dalam bilik terus mengadap meja makan... apa lagi.. ngap nasi goreng sepinggan n cucur jagung 5-6 ketul... hehe

tengah makan2 tu mak cerita pasal yang mak g medan indonesia minggu lepas.. pastu termasuk sekali cerita minangkabau.. cerita pasal ayah orang kedah leh cakap minang... hehe... cerianya petang tadi....

pastu tetiba mak tanya pasal gaji " acik gaji 4 ribu ek?? tak bagtau mak pun... "hehehe aku jawap mana ada... coz ayah ada kat sebelah..aku pun bgtau la gaji nyer... boleh la nak bayar duit keta n duit poket utk belajar... mak tanya balik ada banyak mana dah simpanan??? lepas kaktam ni acik pulak nak kawen... mak cakap lagi.. acik nak kena bagi duit kat orang nanti.. ayak lak bngtau.. 10ribu sekarang ni... huhu aku bagtau mahalnya... ayah bagtau kalau nak yang murah kawen dengan orang asli... hehehe

acik gurau je la mak n ayah...tengah kumpul2 duit la ni... insyaallah lagi 2-3 tahun.. kalau ada rezeki n jodoh... doakan acik selalu tau... :)

Sunday, May 1, 2011

semakin membesar

hmmm.. ayah n mak pergi kenduri... sat g ada orang nak datang rumah, pastu ayah pesan suh layan sat orang2 tu.. hmmmm ayah dah percyakan aku leh jaga rumah...maknanya aku dah meningkat dewasa...dah kena pikul banyak tanggungjawap... mungkin lepas ni kena jaga anak orang pulak... hmmmmm ^___^ boleh ke?? dah takleh main2 lagi...

hari jumaat hari tu pun bos ada tanya.. asyraf bila nak kawen?? hehehe

p/s: semakin dewasa diri ini..semakin besar tanggungjawap..

Saturday, April 30, 2011

bekerja dihari jumaat....

hmmm.... kerja sekolah belum siap... ada kat penang lagi malam kahamis lepas... esok meeting kat kangar... hmmmmm

siap je kerja sekolah dalam kul 12 camtu, tido sat... tak pakai remainder pun.. nasib baik terjaga gak dalam pukul 3... alhamdulillah... siap2 kemas barang, dalam pukul 5 camtu g opis farid, hantar camera..tq my frend...

gerak terus ke alor setar... tetiba ngantuk la pulak..... so... dalam keta, pasang lagu kuat2 sambil nyanyi... hahaha

samapi alor setar kul 7, solat...tukar baju..g opis ambik file.. g umah bos...
bos bawak keta.. hahaha sampai kangar tepat jam 8.30 pg.. fuhhh nasib baik sempat... meeting tak berapa best coz YDP Majlis ni macam tak berapa nak tau sangat bab projek... dia minta ambik petander yang paling rendah.... huhuhu risiko beb... takut2 nanti tengah2 construction aku lak yang jadi kontraktor... hahaha hmmm bala semua ni..bala....

sattle meeting balik umah bos terus.. coz keta aku park kat umah dia... dalam tengah perjalanan tu bos tanya pasal study aku.. lama lagi ke?? aku kata setahun kot.. insyaallah... dia kata dia taknak masuk opis dah lepas aku dapat part 2 ni.. dia nak jaga duit je... hehehe nak bagi semua kerja kat aku..pastu dia minta aku ambik part 3 cepat2 coz dia nak buat firm sdn bhd..... hmmmm tp bos....

aku rasa aku taknak ambik part 3 ni(tak tau la kot2 terbuka hati nak ambik kemudian...).... hmmm dan aku mayb dalam bidang ni tak sampai umur 40 kot.... aku nak try bidang lain... bidang ni banyak masalah + stress... hehe* banyak bos2 yang dah pi awal cos serangan jantung... angin ahmar... bos aku pun risau.... kihkihkih...

aku target dalam umur 35-40 aku dah ada benda lain yang leh support hidup ni... selain dari bidang architecture ni.... target aku la... insyaallah...semoga dipermudahkan dan dipanjangkan umur.. amin.... hehehe

sekian....

Tuesday, February 1, 2011

pesanan buat suami... aku kah??

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah? Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!! Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje... Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi... Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja... INI YANG BEST NI Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah
dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya.... Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian .. JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN! Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit.... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

p/s : terima kasih Allah...

Monday, January 17, 2011

jodoh@pasanganku

aku terfikir lepas solat maghrib tadi, kalau yang mana jodoh aku tu..biar la yang sayang aku, cinta aku, n kasihkan aku.... kalau kita masih mengharap@memaksa orang lain untuk kasih,cinta n sayang kat kita, mungkin tak lama@tak bahagia... so sapa2 yang sayang aku n terima aku macam mana sekarang ni.. alhamdulillah syukur dah aku rasa...n aku boleh terima dia macam mana diri dia tu..(^__^)

aku bab nak mengorat n buat ayat2 power ni kurang skit, selalu fail.... hehe so payah la aku nak pikat mana2 perempuan... hehe

jadi yang rapat dengan aku hanya kawan2 yang aku kenal je... yang tu je la yang aku leh melawak lebih kurang....

p/s: insyaallah.. aku yakin yang Allah tu maha pemurah dan mengasihi hambanya... :)
dah lewat ni, nak kena balik rumah.. skarang ada di opis lagi..hehe lapor masakan mak..

Thursday, December 16, 2010

adakah......

Adakah semua itu akan terjadi??? semua impian kita, angan2 kita.. eemmmm.... pada satu2 masa, kita terlalu berharap semua itu menjadi kenyataan. Tersenyum sendirian memikirkan cita2 dan angan2, perlukah??? adakah semua itu akan menjadi kenyataan..... Ya Allah....

Kadang2 terlintas dalam fikiran ini... " adakah aku meminta terlalu banyak??" atau " selalu aku ni terima je...bila masa nak memberi??"

Allah Maha pengasih, penyayang dan Maha memberi....

p/s : kasih, sayang, cinta dan rindu......

Monday, December 6, 2010

hari lahir aku yang ke 24....

alhamdulillah.. allah masih memberi kesempatan dan keizinan untuk aku menghirup udara dan masih mendapat nikmat yang dari-nya.....

semoga untuk tahun-tahun akan datang ni... semoga dipermudahkan segala urusan aku dan diberikan nikmat iman olehNya... insyaallah...

esok awal muharam...penghijrahan aku??? masih berjalan dan masih dalam ujiannya....

Thursday, November 25, 2010

minta maaf kawan-kawan...

kepada semua sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada aku untuk menyiapkan design tesis dan dapat menghabiskan sisa2 study dalam tahun ni, aku minta maaf sesangat... memang rancangan aku untuk tunda menyiapkan design tesis ini dari awal sem lagi... 

bukan kerna sesiapa, tetapi aku mencari feel dan mood untuk menyiapkan pada tahun akan datang... maaf kerna banyaknya aku menipu kalian... tujuan aku bgtau lambat ni untuk memberi semangat kepada kawan2 yang lain untuk terus menyiapkan design tesis kalian dan grad pada tahun hadapan... aku taknak keputusan aku ini memberi kesan kepada kewan2 yang lain untuk tidak meneruskan projek design mereka... 

aku sentiasa mendoakan kalian berjaya didunia ini mahupun dia akhirat... kawan2.. aku sayang sangat kepada kamu semua... susahnya aku hendak mendapatkan sahabat yang sejati..susah..senang..sakit...sihat..gembira..sedih... kepada kawan2 batch 2005/2006 part 1 sekali ngan aku, pedat, engku izudin, radziah, ikin... aku minta maaf... kalian memang sahabat sejati aku... 

emmm... keputusan aku ni, aku harap merupakan yang terbaik dan yang telah ditulis oleh Allah untuk jalan hidup aku ni.... memang dalam sem ni banyak sangat dugaan, masalah, kemalasan, dan lain2 sebab yang tak dapat aku tanggung seorang... 

terima kasih kawan2..

p/s : setiap orang ader rezeki dan jalan masing2... mungkin ni jalan yang terbaik untuk aku... senyum selalu..

Wednesday, November 24, 2010

6 hari lagi... emmmm

6 adalah nombor kegemaran ku.... dan 6 hari lagi la baki hari untuk bulan ni, pastu masuk bulan disember... dan 6 hari lepas masuk bulan disember.. besday aku.. 24 tahun...^__^ 

semoga segala keputusan dan perkara yang aku buat dalam beberapa bulan ni, dapat aku pikul tanggungjawap dan apa2 yang akan terjadi kemudian hari.... dan semoga ini merupakan keputusan yang terbaik untuk aku...

"ya Allah.. aku memohon kepada Mu, permudahkan segala urusan hambamu ini, urusan untuk berjumpa dengan Mu dan juga urasan di dunia ini.... amin"

Saturday, November 20, 2010

keikhlasan...


Bismillahirrahmanirrahim..

Diambil dari page iloveislam.com tulisan ustaz Pahrol Mohd Juoi pada tahun 2007. terima kasih ustaz... ia banyak membantu, pengajian akidah sebenarnya banyak berkisarkan kehidupan kita.. sama2 lah kita menghayati dan mengambil apa yang baik dari rencana ini...

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa... betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak...

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan...

Lalu saya tulis satu kisah lama... sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih 'dalam' dan sukar daripada itu... benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada seseorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas...Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah...

Orang Ikhlas Tertindas?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik..."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik... tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! InsyaAllah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting... hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja... pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back... Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "CEO", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan..."
"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi... " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego..."

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan... orang ikhlas tertindas?

p/s: ikhlas kah kita dalam hidup ini??? semoga segala kerja yang kita lakukan hanya Dia sahaja mengetahui bagaimana ingin membalasnya di dunia ini ataupun diakhirat....

Tuesday, November 16, 2010

aku dan perkahwinan..

adakah aku sudah dikira wajib berkahwin??? emmmm...... ^__^ 

mencari jawapan kepada persoalan...

kalau diberikan aku jodoh....mengharapkan jodoh yang terbaik dari Allah untuk aku... aku tidak mengharap seorang ustazah...cukup2 dengan diri ini.. sekufu... 

11.11.11

emmm tarikh pa tu??? insyaallah..

p/s: kita merancang, tuhan yang menentukan... saya suka tarikh tu..

Monday, November 15, 2010

nikmat....

rasanya terlalu banyak yang kita terima dari memberi dalam hidup ini.... emmmmm
kadang kala kita perlu lepaskan sedikit apa yang ader pada kita....sebab mungkin itu bukan hak kita...cuma pinjaman... pembelajaran untuk bersyukur... insyaallah keredhaan tuhan itu lebih bermakna dari segala nikmatnya..

raya ini..

emmm.... untuk raya kali ni macam mana la kat rumah tu...harap semua dah selesai kemas dan dapat buat sambutan raya korban ni elok skit.. raya puasa hari tu.. memang tak semeriah raya tahun2 yang lepas.. banyak perkara yang perlu diutamakan dahulu..raya sebagai syarat habis puasa je..
harap2 puasa korban kali ni dapat buat sambutan yang meriah skit kat rumah..buat kenduri masuk rumah skali..alhamdulillah...
nak pakat2 dengan adik beradik untuk buat BBQ malam raya pertama... harap2 jadi la...insyaallah.. leh ajak sedara2 dan kawan2 dekat...
balik kampung?? emmm..insyaallah esok balik..malam atau siang tak tau lagi...siapkan keja dulu..THEN baru balik..... doakan la sampai rumah dengan selamat..
kongsi perasaan gembira dengan orang yang tersayang dah takdak macam tahun2 lepas...takdak sapa dah....(>,<) ngan family la yang terbaik... insyaallah....
semoga dia gembira di hari raya ni...
untuk semua kawan2... SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA... semoga segala pengorbanan kita kat dunia ni mendapat keberkatan dari Allah dan pengorbanan ini merupakan suatu penghijrahan dari yang baik kepada lebih baik... MAAF ZAHIR DAN BATIN.. jika ader tersalah bicara..terguris hati..termakan dan terminum.. minta halalkan..
untuk yang terbabit... carilah yang lebih baik dan dapat membimbing kamu dengan lebih ikhlas, redha dan baik dari diri ini...banyaknya kekurangan diri ini yang tidak dapat aku perbaiki untuk dirimu... walaupun pintu hati ini sentiasa terbuka untuk menerima hatimu... hatimu itu bukan milikku lagi...

p/s: rasanya dah nak dekat sangat.... semoga Engkau permudahkan urusan hambamu ini... mengharap segala urusan dapat diselesaikan dahulu... amin..

Wednesday, November 10, 2010

kekasih biasa VS kekasih sejati

KEKASIH BIASA: hanya ingat senyum pada wajah kamu..
KEKASIH SEJATI: selalu ingat senyum & tangis pada wajah kamu..



KEKASIH BIASA: tidak suka kamu menghubunginya ketika dia sedang tidur
KEKASIH SEJATI: tidak kisah bile2 pun..asalkan..kamu menghubunginya..



KEKASIH BIASA: selalu mendoakan kebahagiaan kamu..
KEKASIH SEJATI: selalu mendoakan kebahagiaan kamu,dan berusaha untuk membahagiakan kamu.



KEKASIH BIASA: setiap detik menunggu panggilan daripada mu..
KEKASIH SEJATI: setiap detik akan menghubungi kamu..



KEKASIH BIASA: melihat semua yg telah dia korbankan untuk mu
KEKASIH SEJATI: melihat semua yg telah kamu korbankan untuk dirinya..


KEKASIH BIASA: ingin kamu di samping menemaninya selalu..
KEKASIH SEJATI: sentiasa mengharapkan dapat mendampingi kamu selamanya..


KEKASIH BIASA: selalu bertanya kepada kamu,mengapa kamu buat dia bersedih..

KEKASIH SEJATI: selalu bertanya pada dirinya sendiri..apakah dia selalu membuat kamu bersedih.


KEKASIH BIASA: berfikiran bahawa perpisahan adalah cara terbaik menyelesaikan masalah.
KEKASIH SEJATI: berfikiran bahawa perpisahan bukanlah penyelesaian terbaik..dan dia akan berusaha untuk menyelamatkan hubungan dengan menggunakan alternatif lain..Kekasih Sejati hanya akan meredhakan perpisahan setelah sgala usaha untuk mengharmonikan semula hubungan telah gagal...andai perpisahan itu mampu membuatkan pasangannya lebih bahagia..dia terima perpisahan itu dengan hati yang terbuka..walaupun perpisahan itu menyakitkan dirinya..!!


KEKASIH SEJATI: sangggup berhadapan dengan kekecewaaan, asalkan kekecewaan yg dialaminya itu mampu memberi kebahagiaan kpd kamu..sanggup menanggung penderitaan,& kesengsaraan, asalkan kamu bahagia..kebahagiaannya adalah setelah melihat kamu bahagia...


CINTA SEJATI..Tak Bertambah Disebabkan Kebaikan..Tak Berkurang Disebabkan Keburukan..

CINT SEJATI..Sukar Ditemui..Tetapi Tak Mustahil Untuk Dimiliki..


p/s : ambik kat page orang lain... tq... walaupun semua ni adalah dari pandangan seseorang.. tp mungkin ader benarnya..

Saturday, November 6, 2010

masa depan....

masa depan yang tak tau lagi macam mana corak..jalan...cabaran..dugaan..rezeki..JODOH...hehehe... kepada bakal empunya hati ini.. harap bagi la hint skit... supaya dapat hati ni ready... simpan duit... buat plan skit... 

hehe..ader ke orang nak dengan orang yang tak abis study ni..... emmmm.... yang penting tahun 2012 kena ader dah.... sapa??? aku meletak segalanya kepada Allah...

p/s : hidup sebagai arkitek ni tak sama macam orang lain.... janji kenkadang takleh tepati.. masa ngan family tak tentu... bangun tido, benda yang mula2 ingat..KERJA!!.. hehehe...tengok la macam mana nanti... adakah aku akan macam tu jugak...

Tuesday, November 2, 2010

hidup ku....


hidup aku rasanya untuk 2 tahun ni tak macam yang aku rancang dan tak berjalan lancar...... aku nak cari aku yang sebenar........ tujuan aku yang sebenarnya.....!!!!!!! emmm ok... PERUBAHAN PARADIKMA (harap betul la ejaan tu)......

aku nak dalam sebulan ni aku rasa tenang dengan orang yang disekeliling..... cinta aku sekarang ni macam main tarik tali..... aku cuba nak lepas... dia bagi... aku tarik... dia lepas..... emmm... macam mana sebenarnya.... pada hari jumaat yang lepas, aku sebenar2nya nak lepaskan dia terus.... taknak contact dia lagi... aku off kan hp..... aku taknak reply msg dia...sebab aku rasa dah mengalah... dia bukan untuk aku... aku pun tak tau apa yang dia nak sebenarnya..... tp.... aku tak dapat bertahan lama... aduihhh!!!! rasa2nya tak sampai satu hari....!!!!!!! hari sabtunya... laptop dia rosak.... than tu yang aku post pasal wanita memerlukan lelaki... aku sebenarnya tak sampai hati tinggalkan dia macam tu... selagi aku ada kat sini..insyaallah aku akan tolong..... dia takdak sapa kat sini... n dia lagi selesa aku yang tolong.... :) tu je yang aku mampu buat.... senyum...n buatkan dia tersenyum....

hari ni... dia cerita yang dia cemburu kalau aku dengan kawan lama aku... isshhh... kawan aku tu dah ader bf pun... lagipun dia ngan aku pun takdak apa2.. naper nak cemburu ye tak??? @ hehehehe... apa la yang dia nak ye.... dia tak terus terang.... hari ni aku betul2 kompius....sangat!!!

perubahan hormon dia tu kenakadang dasyat jugak.... hehehe.... atoiiii.... tp aku rasa selesa ari ni.... feel macam dulu2...

aku bukan kecewa pasal perempuan... dan aku taknak kecewa jika pasal perempuan..... kecuali perempuan tu dah jadi muhrim aku....(tanggungjawap beb) aku cuba..

cepatlah bulan disember...... aku nak mula benda lain dalam hidup ni....

kekasih aku(nikon D5000).... cerita baru...

baru je tadi(makan malam)...aku makan kat depan pelita... emmm... bawak bag+ kamera skali..than lepas makan, bayar n terus je blah.... sampai kat hostel baru teringat....zzzzzzuuuuupppppp...bawak kereta terus g balik kat tampat makan tadi..... fuuuhhhh nasib baik ader lagi... nak tercabut jantung aku masa teringat benda tu tertinggal kat kedai....(kekasih aku skarang ni-kamera D5ooo nikon) terima kasih brother tempat makan tu.... emmmm pastu macam biasa kena bebel...... "lain kali bawak beg yang besar tu k!!"

to my best frend...sori tak dapat tunai janji ari ni.... insyaallah esok kalau saya free, saya teman awak k.... sarapan pagi dulu.... kat taman tun sa'don.... leh dengar makcik tu main lagu... hehehe... banyak kali pergi tak dapat dengar makcik tu..kempunan...

end of the story for today..... badan dah penat... than ZZZzzzzzzz.... tido....

....gud nite semua....

...jangan mimpi yang bukan2 hahaha...

p/s: hidup macam biasa.... :) jangan ambik hati dengan post ni... saya tak sampai hati nak cakap depan2.... macam mana saya yang dulu...selalu manjakan awak... macam tu la saya sekarang...... jangan putus asa... yang mana saya bulih tolong...saya tolong... n pastikan awak grad tahun depan.. kena janji dengan saya!!! sayonara....


setahun lagi....+ setahun lagi belajar...

Emmmm... aku nak hidup yang tenang.... fokus pada satu2 benda.. dan ikot macam mana target aku...hehehehe.... nak kena susun balik hidup ni....

study: aku anjak setahun lagi untuk abiskan.... insyaallah sambil2 tu dapat simpan duit dan mengenal erti hidup ni....

macam orang kata.... kalau hidup ni lurus jee mcm lebuhraya.. cost dia mahal...eemmmm nak pilih yang mana....

tambah lagi setahun.... aku dah nekad....

Cinta: aku dah takdak sapa... tp aku memerlukan cinta..... walau hati ni dah dapat simpankan skit2 yang lama2 tu... tp.....aku masih nak ambik berat tentang dia..... (hari ni dia merajuk...pujuk pakai ais krim..) mcm aku kata dalam post yg lepas.... mcm mana perasaan aku kat dia...

aku keliru ya Allah.....

"jika engkau setia dengan ku...insyaallah tiada lain yang dapat ganti tempat mu, jika hatimu sudah dimiliki orang, bukan caraku untuk merampasnya melainkan.........."

terima kasih......

p/s : aku takut untuk mengatakan cinta aku kat dia......errkkk.......janji aku kat dia...

Saturday, October 23, 2010

target hidup aku...


" ya Allah semoga engkau permudahkan segala urusan hambamu ini...."