Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Friday, March 9, 2012

............... @@

hmmmmm orang kata restu ibu bapa tu kunci kepada rahmat Allah... Jodoh?? hmmm kena bahagiakan ibu bapa dulu.. then bila diorang dah puas hati dengan prestasi anak teruna dia ni, baru la pas utk aku kawen... hehehe.. tak tau la bila tu... macam sedih je kan?? hmmm dah berserah sangat2 dah pada takdir Allah... sapa saja yang baik utk aku.. tu la jodoh aku...

aku.. walaupun dah besar macam ni, sebenarnya aku masih kanak2 di mata mak n ayah... hehe.. anak nakal memang mendapat perhatian orang tua sampai la dia kawen.. so.. aku sebagai anak, kena ikot kehendak mak n ayah... jangan melawan cakap mereka, dengar cakap mereka n jangan sakitkan hati mereka... tak bau syurga... minta simpang..

dari segi kerja.. aku harap sangat2 mak n ayah boleh paham macam mana cara kerja aku, kalau aku balik lambat @ tak balik rumah, maknanya ada keja di opis yang memerlukan aku stay di sana... harap2 mak n ayah tak simpan perasaan curiga n percaya kat aku... amin..." mak.. ayah... acik buat keja betul2 ni, tak melencong mana2 pun.."

Sunday, February 19, 2012

kawen...

ya Allah... hambamu ini belum bersedia untuk memikul tanggungjawap yang amat besar ini... hambamu ini masih belum menemui kejujuran dalam perhubungan... seringkali mendustai kepercayaan orang lain...

ya Allah.. aku memohon.. semoga aku dapat memperbetulkan diri ini dahulu sebelum hamba mu ini berhak untuk memperolehi kebahagiaan dari kemanisan perkahwinan... dan... bantu la hambamu ini supaya nawaitu dan akhlak ku dalam perjalanan untuk menemui ketua bidadari syurga ini sentiasa berada di jalan menuju Mu... amin...

dalam hati ini, hambaMu ini ingin sekali segera berkahwin bagi mendapat keberkatan dan hak yang halal... tp daku tau bahawa hati ini tidak tenang kerna calon dan keperibadian ku ini masih ragu2...

benar kata orang... antara kekasih.. ibu bapa... lebihkan kepada ibu bapa bagi memperoleh keberkatan walaupun bagi tujuan mendirikan masjid.... Ya Allah... memang salah ku... aku kadang2 tidak jujur dengan perhubungan yang ku anggap yang terbaik...

bantu lah hambamu ini... supaya dapat memperbaiki diri ini... dan jodoh dari mu itu ku tunggu.... amin...


p/s : cuba untuk berkawan n jujur dengan perhubungan... jangan simpan apa2 perasaan... amin...

Sunday, December 4, 2011

cinta hati ku....

wahai kunci hatiku... aku ingin menyatakan bahawa aku ingin jadikan kau suri hati ini... supaya kau menjadi pelengkap hidup ini...

wahai kunci hati ku.. aku berharap engkau dapat menjadi penenang kepada keresahan hati ... menjadi mawar yang sentiasa harum dan subur dalam hati ini...

untuk itu.. sudikah kau menjadi isteriku yang halal dan di berkati oleh Allah taala... aku menyatakan ini untuk memberitahu mu bahawa aku sudah bersedia...

Tuesday, May 10, 2011

aku menunggu....

dalam kerata menuju ke alor setar dari KL sebentar tadi terdengar di radio yang ramadhan tinggal lagi 2 bulan setengah... arrrgggghh... tak sabarnya + rindu sama ramadhan.... perasaan teruja ini yang aku tunggu2... banyak ramadhan2 yang lepas aku sia2 kan.. aku mengharap yang ramadhan ini yang terbaik akan aku buat...

p/s: ya Allah.. aku memohon untuk dapat aku berjumpa dengan ramadhan tahun ini.. amin...

** rejab n sha`ban... insyaallah... ada juga untuk kalian..

Wednesday, May 4, 2011

cerita lepas balik kerja...

huhu... lepas balik kerja tadi, sattlekn bayar duit keta n bill hp... terus balik rumah...

dari luar pagar dah nampak mak, ayah n angah tengah makan... masuk je ayah bagitau.. laaa ayah ingatkan acik bawak balik beras ke...(dalam tangan penuh dengan file n buku)hehehe.. aku gelak je.. mak lak cakap. acik ni langkah kanan.. sbb mak baru masak nasi goreng n cucur jagung... hehe sedapppp.. perut pun tengah lapar...

siap letak barang kat dalam bilik terus mengadap meja makan... apa lagi.. ngap nasi goreng sepinggan n cucur jagung 5-6 ketul... hehe

tengah makan2 tu mak cerita pasal yang mak g medan indonesia minggu lepas.. pastu termasuk sekali cerita minangkabau.. cerita pasal ayah orang kedah leh cakap minang... hehe... cerianya petang tadi....

pastu tetiba mak tanya pasal gaji " acik gaji 4 ribu ek?? tak bagtau mak pun... "hehehe aku jawap mana ada... coz ayah ada kat sebelah..aku pun bgtau la gaji nyer... boleh la nak bayar duit keta n duit poket utk belajar... mak tanya balik ada banyak mana dah simpanan??? lepas kaktam ni acik pulak nak kawen... mak cakap lagi.. acik nak kena bagi duit kat orang nanti.. ayak lak bngtau.. 10ribu sekarang ni... huhu aku bagtau mahalnya... ayah bagtau kalau nak yang murah kawen dengan orang asli... hehehe

acik gurau je la mak n ayah...tengah kumpul2 duit la ni... insyaallah lagi 2-3 tahun.. kalau ada rezeki n jodoh... doakan acik selalu tau... :)

Sunday, May 1, 2011

radziah bt jantan

assalamualaikum...

buat peneman hati dan rindu ini, b nak bgtau yang sayang dan rindu ini hanya untuk mu selepas sayang dan rinduku pada Allah, Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W dan ibu bapa ku...

b dah taknak main2 lagi... semoga dipermudahkan urusan kita dan diberkati oleh-Nya... amin...

walaupun ayang ada kekurangan, sama juga dengan b... tp rasanya b dah serasi sangat dengan ayang... dah paham macam mana ayang n ayang pun dah paham b ni macam mana....hasrat hati ni memang besar... tp kena sabar dulu sebab banyak lagi yang tak sattle lagi... insyaallah....

p/s: semoga tiada yang kedua untuk menggantikan mu.... dan semoga hati mu tetap dengan ku...ya Allah lembutkan la hati hamba mu ini untuk tidak menyakitkan hati insan yang disayangi... amin..

Wednesday, March 2, 2011

▁ ▂ ▃ ▄ ▅ ▆ █ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄

love n missing u...

Sunday, February 27, 2011

mencari ruang untuk hati ini..

untuk kesayangan aku... pernah seketika aku bersungguh untuk mendapatkan mu... emmm tp aku hanya bertepuk sebelah tangan semacam irama tanpa lagu(lirik) dapat menghayati tp tidak tau tujuan lagu itu... emmm..

aku cuba buka hati ini untuk insan lain yang sudi menyayangi diri ini.... sepertimana hati mu bukan hanya ada aku sahaja... hmmmm.... masih dalam tempoh percubaan... mengharap sesuatu darinya.. walaupun tidak sesempurna mu, jika dia menerima aku seadanya dan cukup keperluan agamanya... tiada ku nanti lagi jawapan dari mu... simpanlan selama yang kamu mau... tidak akan ku tanya lagi...

aku dah penat memikirkan tentang kita.... sekarang aku bagi masa untuk kamu pula memikirkan tentang kita.... kalau kamu merasakan aku masih untuk kamu... cuba dapatkan balik dan perbetulkan apa yang kamu telah buat 4 bulan sudah... aku merasakan kasihku pada mu semakin berkurang...sebab hanya aku bersungguh untuk itu dan aku merasakan tidak patut aku untuk mencari kasihmu jika hati mu menolak untuk menerima ku....

untuk kamu: manusia merancang..Allah menentukan.. tp kamu melarikan diri dari merancang sesuatu antara kita.... macam mana Allah ingin membantu???... fikir2kan la...

p/s : semoga apa yang aku inginkan Ya Allah.. Engkau permudahkan la.... Aku redho dengan ketentuan mu....

Saturday, February 19, 2011

selamanya...

sayangku... walaupun selamanya aku masih menyayangimu.... tetapi.. jika hanya aku sahaja yang bersungguh... tiada gunannya..
aku mempunyai matlamat yang perlu di kejar... jawapan mu, aku menunggu utk sekian lamanya... masih tiada yang pasti darimu... aku seperti budak2 yang ingin dibelikan gula2... emmm... dugaan yang perlu dihadapi oleh insan yang bergelar hamba kepada penciptanya... maaf...


1400 tahun yang lalu, Rasullullah s.a.w. pernah mengemukakan nasihat yang lebih baik. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a., “Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya.”

p/s: ya-Allah.. hambamu ini tidak sabar menunggu dugaan mu... sepertimana doaku setiap hari.. kau perkenankan la...
" jika dia jodoh ku.. dekatkan lah dia dengan ku..
jika dia bukan untuk ku... damaikan lah hati2 kami.."

Monday, February 7, 2011

sebelum aku terlambat....

Dari dalam lubuk hati ini... sungguh!!... aku nak katakan... sudikah awak menjadi suri hidup saya sampai bila2... sudikah awak jadi isteri dan hak saya yang sah..... ibu kepada anak2 saya kelak...

emmmm....tak terluah oleh kata2.... kenapa ye................


p/s: Ya-Allah..berikanlah kekuatan kepada hambamu ini..setelah kau yakini yang hambamu ini dapat memimpin sebuah keluarga...

Tuesday, February 1, 2011

pesanan buat suami... aku kah??

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah? Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!! Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje... Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi... Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja... INI YANG BEST NI Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah
dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya.... Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian .. JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN! Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit.... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

p/s : terima kasih Allah...

aku mancari..

sebenarnya cara aku salah... aku terlalu mancari cinta... sehingga aku tak sedar yang aku tersasar jauh dari jalan hidup aku yang sebenar... emmmm.. ya Allah... ampunkan lah dosa hambamu ini...

aku dah penat.... aku nak serahkan segalanya pada pencipta ku... engkau yang maha mengetahui segalanya... untuk kesekian kalinya... aku mengeluh lagi..

sebenarnya dah lama aku cuba jauhkan hati ini dari memikirkan soal jodoh... mungkin target aku hujung tahun ni tak kesampaian... sebab soal jodoh ni bukan macm perancangan nak beli kereta.. cukup duit.. leh dapat.. emmm... boleh ke kalau aku tak kawen sampai bila2??

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)

kesilapan yang dulu datang balik... emmm Ya Allah, jangan kau goyahkan iman hambamu ini... aku memohon pada mu... kuatkan lah hambamu ini...atau engkau matikan lah hambamu ini... aku tidak terdaya untuk melawannya.... berikan lah kesabaran dan keikhlasan kepada hambaMu ini.. amin..

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)

Monday, January 17, 2011

jodoh@pasanganku

aku terfikir lepas solat maghrib tadi, kalau yang mana jodoh aku tu..biar la yang sayang aku, cinta aku, n kasihkan aku.... kalau kita masih mengharap@memaksa orang lain untuk kasih,cinta n sayang kat kita, mungkin tak lama@tak bahagia... so sapa2 yang sayang aku n terima aku macam mana sekarang ni.. alhamdulillah syukur dah aku rasa...n aku boleh terima dia macam mana diri dia tu..(^__^)

aku bab nak mengorat n buat ayat2 power ni kurang skit, selalu fail.... hehe so payah la aku nak pikat mana2 perempuan... hehe

jadi yang rapat dengan aku hanya kawan2 yang aku kenal je... yang tu je la yang aku leh melawak lebih kurang....

p/s: insyaallah.. aku yakin yang Allah tu maha pemurah dan mengasihi hambanya... :)
dah lewat ni, nak kena balik rumah.. skarang ada di opis lagi..hehe lapor masakan mak..

Wednesday, January 5, 2011

alhamdulillah...

semoga apa yang engkau sediakan untuk ku itu merupakan yang terbaik untukku..
terima kasih kerana tenangkan hati ini... semoga aku menjadi hambamu yang redha...

banyak keputusan dan pengorbanan yang diperlukan untuk sesuatu yang kita sayang... semoga akan ada pembawa penawar kepada hati ini... aku masih menunggu cahaya dari-Mu... semoga calom mu itu merupakan pelengkap hidup ku.

terima kasih Allah...

Sunday, January 2, 2011

untuk mu..

aku berserah segalanya pada Allah... amankan la hati ini..

Monday, December 20, 2010

cinta & sayangku

perasaan yang wujud dalam hati ini merupakan sesuatu yang indah...teramat indah bagi ku...
tetapi, kita selalu menolak perasaan tu sehingga ia hilang sendiri.....

kadangkala pertemuan sekali sudah cukup untuk kita jatuh cinta...
kadangkala pula, pertemuan yang banyak kali tanpa diduga pun belum tentu kita akan jatuh cinta...

adakah salah perasaan yang wujud dalam hati ini???
emmm... kadangkala kita menunggu terlalu lama untuk meluahkan isi hati atau menyimpan sahaja tanpa meluahkannya...
tidakkah kita tahu bahawa si dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap kita???
juga menunggu ungkapan cinta yang sama...

oh hati yang menyimpan perasaan...
masih ada masa yang diberikan oleh-Nya...
untuk kita meluahkan rasa sayang dan cinta ini sebelum semuanya sudah terlambat...

aku telah memasuki alam 25 tahun hidup ini...
masih menunggu jawapan dari seorang gadis..
dia selalu di hatiku... 4 tahun pengenalan yang merapatkan kami... tp...

" Beri ayang masa "

p/s : aku takut masa mencemburui kita @ dalam masa menunggumu itu... bukan aku yang kau tunggu....

air mata kristal

setitis air mata mu mengalir....
umpama satu toresan dihatiku...
maaf sayang....

banyaknya sesakitan dan luka yang telah daku lemparkan padamu..
bagaimanakah penawar untuk luka itu???
izinkan aku mengubatinya... ia tak dapat diubati dalam tempoh yang singkat...
semalaman?? seminggu?? sebulan?? setahun?? atau sampai bila2 takkan sembuh..
emmm...maaf sayang...

pada hari itu... kau menangis di depan ku...hari perpisahan kita..
menangis yang aku tidak tau gembira atau sedih... dikau yang minta...
aku tenang... tp tidak kau lihat dalam hati ini...hanya tuhan sahaja yang tau...
rasa bersalah dalam hati ini membenarkan air matamu mengalir lagi.....
tidak sanggup melihat engkau menangis di depan ku....
sakitnya di dalam hati ini... sederas air matamu...
maaf sayang..

aku bukan budak baik....

Thursday, December 16, 2010

adakah......

Adakah semua itu akan terjadi??? semua impian kita, angan2 kita.. eemmmm.... pada satu2 masa, kita terlalu berharap semua itu menjadi kenyataan. Tersenyum sendirian memikirkan cita2 dan angan2, perlukah??? adakah semua itu akan menjadi kenyataan..... Ya Allah....

Kadang2 terlintas dalam fikiran ini... " adakah aku meminta terlalu banyak??" atau " selalu aku ni terima je...bila masa nak memberi??"

Allah Maha pengasih, penyayang dan Maha memberi....

p/s : kasih, sayang, cinta dan rindu......

Tuesday, November 16, 2010

sayang...

SELAMAT HARI RAYA B UCAPKAN...MAAF KALAU ADA B BUAT AYANG KECIK HATI, SILAP CAKAP, TERGURIS HATI, TERLUPA JANJI, TAK TEPATI MASA, TERMAKAN, TERMINUM...MINTA HALALKAN... 

B TIDAK SESEMPURNA INSAN YANG AYANG CARI... BANYAK KELEMAHAN PADA B..

SALAM AIDILA DHA...MAAF ZAHIR DAN BATIN.... 

p/s : emmm..nanti kat rumah jaga makan dan minum...nanti sakit perut lagi.. enjoy ur holiday... ^__^

kamu dan sakit...

emmm... dah dua hari sakit perut kamu datang balik... risaunya aku... emm..kamu ada makan pedas2 lagi?? oppsss..kamu ada makan nasi kerabu kan 2 hari sudah???? 2 hari juga la kamu tak dapat tidur.. saya bawak kamu pergi jumpa doktor dulu nak??? jangan degil ya.... pagi ni saya carikan air kelapa fresh untuk kamu.. kamu rest dulu kat bilik..nanti saya bawakkan... next time kamu jangan makan pedas langsung tau..tunggu sampai betul2 sembuh....

walau dalam hati kamu, saya ni bukan siapa2... saya tetap akan ambil berat jika terjadi apa2 kepada kamu... "semoga Allah sembuhkan sakitmu tu dengan segera.."

p/s: raya ni harap2 kamu dapat control makan ya...