Sunday, January 16, 2011

kebahagiaan...

emm.. lamanya tak cerita pasal hati n perasaan + lama tak tulis panjang2 dalam blog ni...

aku pernah terfikir untuk melupakan apa yang terjadi dulu n buka buku baru dan mencari orang baru... dan mengharapkan Allah membantu aku menemukan jodoh aku... tp aku merasakan masih tiada yang dapat memahami aku seperti mana dia ....
banyak yang memberi pandangan dan nasihat... terima kasih semua...tp.. aku masih teringat dia ...
“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…”

usia manusia ni hanya tuhan sahaja yang tahu... kadang2 aku merasakan yang Allah merancang sesuatu untuk aku... mungkin usia aku tak sepanjang usia orang lain... then soal jodoh aku ni tiada dalam buku hidup aku sepanjang di dunia ni.. hehe ... kadang2 terpikir macam tu..
untuk permulaan tahun baru... aku memberi ruang dan masa kepada diri ini... berkawan dan mencari petunjuk+redhaNya... tidak bertanyakan soal perasaan dan hati kepada dia ... tidak pernah.. aku taknak seksa diri ni lagi... tengok la macam mana Allah tu susun hidup aku ni, sambil aku berusaha untuk mencari yang telah dijanjikan untuk aku...

abang zul kat tempat keja ada tanya" pernah rasa macam nak mati dak??" aku kata ada... emm.. dia bgtau lagi.. "tu tandanya malaikat maut datang ziarah"

4 hari aku di penang... selalu keluar dengan dia... dalam kereta aku selalu pasang lagu.. kenkadang ada lagu yang sedih... aku ikot nyanyi lagu tu sambil gelak2... sebenarnya dalam hati aku menangis...skit je lagi air mata ni nak mengalir... walaupun nampak aku macam hepi...

aku masih sayang dia... tp aku nak dia mendapat jodoh yang dapat membimbingnya ilmu dunia dan akhirat.. yang lebih baik dari aku... dapat memberi kesenangan... itu yang aku tekadkan dalam hati ini...alhamdulillah... aku dah dapat kurangkan ruang dalam diri ini untuk mendapat cinta dari dia...

hari khamis lepas kot.. tetiba je aku teringin nak beli bunga kat dia(tak pernah bagi bunga dalam masa 4 tahun)... harap2 dia suka la...hehe...dia ada bgtau dalam ruang peribadinya(blog) untuk tidak memberi janji apa2.. jangan risau, insyaallah tiada janji yang saya minta ... ikhlas... dia tanya ni untuk apa... saya hanya senyum... untuk lihat dia tersenyum.. itu balasan yang dah cukup untuk saya...

"sekarang dah kurang cakap.." itu untuk tidak menyakitkan hati kamu dan tidak mengungkit hal hati dan perasaan...


p/s : bila lagi nak boleh tulis panjang2 macam ni.. hehe..solat mahgrib dulu ya.. (^__^)

"ya-Allah tenteramkan hati ini... amin"

No comments:

Post a Comment