Monday, March 26, 2012
assalamualikum...
ya Allah.. aku mahukan seorang pembimbing, teman, pendengar setia, penasihat, dan yang sentiasa memberi ketenangan serta yang engkau redhsi iaitu seorang isteri.. hambamu ini takut jika semakin lama hambamu ini bersendirian.. semakin jauh dari menuju ke jalan keredhaan Mu.. ya Allah.. permudahkan urusan ku..
Tuesday, March 13, 2012
Friday, March 9, 2012
............... @@
hmmmmm orang kata restu ibu bapa tu kunci kepada rahmat Allah... Jodoh?? hmmm kena bahagiakan ibu bapa dulu.. then bila diorang dah puas hati dengan prestasi anak teruna dia ni, baru la pas utk aku kawen... hehehe.. tak tau la bila tu... macam sedih je kan?? hmmm dah berserah sangat2 dah pada takdir Allah... sapa saja yang baik utk aku.. tu la jodoh aku...
aku.. walaupun dah besar macam ni, sebenarnya aku masih kanak2 di mata mak n ayah... hehe.. anak nakal memang mendapat perhatian orang tua sampai la dia kawen.. so.. aku sebagai anak, kena ikot kehendak mak n ayah... jangan melawan cakap mereka, dengar cakap mereka n jangan sakitkan hati mereka... tak bau syurga... minta simpang..
dari segi kerja.. aku harap sangat2 mak n ayah boleh paham macam mana cara kerja aku, kalau aku balik lambat @ tak balik rumah, maknanya ada keja di opis yang memerlukan aku stay di sana... harap2 mak n ayah tak simpan perasaan curiga n percaya kat aku... amin..." mak.. ayah... acik buat keja betul2 ni, tak melencong mana2 pun.."
Tuesday, March 6, 2012
Saturday, March 3, 2012
penyakit
FACEBOOK!!!
sejenis penyakit yang menyebabkan manusia menjadi malas, bertangguh kerja n menjadi lembab.. ok!! utk sementera waktu, deactivate kan facebook utk fokus kepada kerja yang bertimbun... hehehe...
nanti kalau dah free skit keja, akan dipertimbangkan mengaktifkan balik akaun..... hehe
arios..amigos....
Sunday, February 19, 2012
kawen...
ya Allah... hambamu ini belum bersedia untuk memikul tanggungjawap yang amat besar ini... hambamu ini masih belum menemui kejujuran dalam perhubungan... seringkali mendustai kepercayaan orang lain...
ya Allah.. aku memohon.. semoga aku dapat memperbetulkan diri ini dahulu sebelum hamba mu ini berhak untuk memperolehi kebahagiaan dari kemanisan perkahwinan... dan... bantu la hambamu ini supaya nawaitu dan akhlak ku dalam perjalanan untuk menemui ketua bidadari syurga ini sentiasa berada di jalan menuju Mu... amin...
dalam hati ini, hambaMu ini ingin sekali segera berkahwin bagi mendapat keberkatan dan hak yang halal... tp daku tau bahawa hati ini tidak tenang kerna calon dan keperibadian ku ini masih ragu2...
benar kata orang... antara kekasih.. ibu bapa... lebihkan kepada ibu bapa bagi memperoleh keberkatan walaupun bagi tujuan mendirikan masjid.... Ya Allah... memang salah ku... aku kadang2 tidak jujur dengan perhubungan yang ku anggap yang terbaik...
bantu lah hambamu ini... supaya dapat memperbaiki diri ini... dan jodoh dari mu itu ku tunggu.... amin...
p/s : cuba untuk berkawan n jujur dengan perhubungan... jangan simpan apa2 perasaan... amin...
Thursday, February 16, 2012
family project... hehe homestay
ayah dah kompom nak buat homestay kat tanah belakang rumah taman ni.. ~ kampung hutan pulai..
insyaallah dalam seminggu dua ni akan aku keluarkan design n layout utk homestay ni..ayah nak yang lebih kepada resort.... hehe insyaallah... :)
cadangan tu nak buat design yang lebih kepada ciri kampung.. ada kolam ikan.. sediakan kemudah seperti basikal, pancing n jala utk penghuni leh rasa macam mana duk kat kampung.
macam biasa, setiap unit ada air cond... bilik air dan kalau yang berkeluarga boleh ambik bilik yang bersambung. :D
bajet : ??? hehe tak tau lagi...
p/s : doakan projek ini berjalan lancar.. amin... :)


